Senin, April 15, 2024

Syeikh Ali Kholi' Qasam♡*

 *♡Syeikh Ali Kholi' Qasam♡*

(Salamnya dijawab baginda)



*Nasab Keturunannya*

 

Beliau ialah Syeikh Ali Kholi’ Qasam Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi  

Bin Ubaidillah Bin Ahmad Muhajir Bin Isa Rumi Bin Muhammad Naqib Bin Ali  

Al Uraidhi Bin Jakfar As Sodiq Bin Muhammad Baqir Bin Ali Zainal Abidin Bin  

Sayyidina Husien Bin Fatimah Az Zahra Binti Muhammad S.A.W.

 

*Kehidupan dan Pendidikannya*

 

Syeikh Ali Kholi’ Qasam dilahirkan di Bait Jubair sebuah daerah yang  

penuh barokah di Hadhramaut dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan ilmu agama secara khusus daripada ayahnya. Beliau mempelajari Al Quran semasa kecil dan menghafal serta membaca dengan mengikut hukum tajwid sebaiknya.


Beliau diberi gelaran sebagai *Kholi’ Qasam* kerana beliau pernah membeli sebidang tanah dengan harga 20 ribu dinar dan memberikan nama sebagai Qasam yang menyerupai tanah keluarganya di Basrah.


Disana beliau menanam  

pokok kurma dan membina sebuah rumah untuk beliau tinggal sewaktu musim  

panas yang merupakan musim berbuahnya pokok kurma. Kemudian datang  

beberapa orang turut membina rumah sehingga menjadi sebuah desa yang  

dipanggil sebagai desa Qasam.

 

*Keluarga A’lawiyyin pertama menetap di Kota Tarim*

 

Syeikh Ali Kholi’ Qasam merupakan orang pertama dari keluarga Alawiyyin yang menetap dan bermastautin di Kota Tarim. Pada asalnya beliau sering berulang - alik dari Qasam ke Kota Tarim sehingga sultan yang memerintah di Kota Tarim pada masa tersebut meminta beliau untuk berpindah ke Kota  

Tarim pada tahun 521H dan menetap disana sehingga begitu ramai keturunannya  

yang memenuhi Kota Tarim sehingga sekarang.

 

Kehadiran beliau ke Kota Tarim seakan - akan menjadi satu tarikan dan rahmat buat penduduk Kota Tarim kerana ramai orang datang dari daerah lain menetap di Kota Tarim. Akhlak dan adabnya yang tinggi diwarisi daripada moyangnya iaitu Rasulullah S.A.W. menyebabkan beliau mudah diterima dan Kota Tarim semakin pesat membangun sebagai sebuah kota yang hidup dengan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mengamalkan segala ajaran syariat islam serta menghapuskan segala bid’ah dan amalan - amalan yang bertentangan dengan  

ajaran agama Islam.

 

*Kisah Dan Karomahnya*

 

Syeikh Ali Kholi’ Qasam dikurniakan Allah dengan keistimewaan yang  

jarang diberikan kepada orang lain. Apabila beliau memberi salam kepada  

Rasulullah S.A.W semasa tahiyat di dalam solat ataupun diluar solat dengan lafaz *“Assalamualaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh”* Pasti akan dijawab langsung oleh baginda Rasulullah S.A.W. dan didengari oleh orang sekitarnya dengan lafaz: 

*“Waalaikumussalam warahmarullahi wabarakatuh Ya Syeikh.”*

 

Bahkan peristiwa ini berlaku berkali - kali menggambarkan satu kedudukan yang tinggi dan mulia seorang hamba apabila dijawab salamnya oleh Penghulu sekalian alam iaitu baginda nabi Muhammad S.A.W. 


Syeikh Abd Wahab Sya’rani mengatakan seseorang tidak akan dapat berhubung langsung dengan Rasulullah S.A.W dan mendengar suara jawaban salam dari beliau secara langsung melainkan mereka yang telah menempuh 247.999 maqam kedudukan para wali.

 

*Masjid pertama di Kota Tarim dari Sadah Alawiyyin*

 

Syeikh Ali Khali’ Qasam juga merupakan *orang pertama daripada keluarga Alawiyyin* yang membina masjid di Kota Tarim yang dinamakan Masjid Bani  

Ahmad atau Masjid Baa’lawi.


Masjid Baa’lawi merupakan salah satu masjid daripada masjid - masjid di Kota tarim yang penuh dengan kisah dan sejarahnya. 

 

Banyak peninggalan lama dan kesan terdahulu yang masih ada sehingga sekarang masih boleh untuk bertabaruk.

 

*Kewafatannya*

 

Beliau wafat pada tahun 529H dan merupakan orang pertama daripada  

keluarga Alawiyyin disemadikan jasadnya di Makam Zanbal. Beliau meninggalkan 3 orang anak iaitu Muhammad Sohib Mirbat, Abdullah dan Husien._(AMM)_

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Muhammad Edwan Ansari