Selasa, November 05, 2024

Tuan Hussin Kedah al Banjari Lokasi - Masjid Tuan Hussien , Titi Gajah

 Tuan Hussin Kedah al Banjari

Lokasi - Masjid Tuan Hussien , Titi Gajah


Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Nama timangan sewaktu kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Haji Muhammad. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.


Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama yang sangat tersohor di Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin. Sejarah kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi Haji Abu Su'ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan Kedah mendapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah.


Di Kedah Qadhi Haji Abu Su'ud al-Banjari atas kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas'ud, iaitu moyang kepada Tuan Hussin Kedah. Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi ulama di Kedah, beliau juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai syahid ketika peperangan menentang Thai.


Pendidikan dan Membuka Pondok


Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknya Haji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-Khalidi an-Naqsyabandi dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan paparkan keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di di Pondok Bendang Daya, Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin Syaikh Wan Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al-Fathani (Tok Ayah Doi – pengasas pondok Gajah Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar di Pondok Semela, pondok dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah merantau ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu agama. Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi Gajah dengan niat untuk membantu datuknya mengajar.


Memang sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap ilmu seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat ilmu ketika itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah binti Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah beliau sempat berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar Bali, Syaikh Ahmad Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.


Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran. Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun.


Pada tahun 1900, beliau berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun. Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan "Tuan Hussain Bohor".


Pada tahun 1912, Tuan Hussin berpindah pula ke Bagan Ulu dan membuka pondok di situ. Tempat ini sekarang dikenali sebagai Pantai Merdeka. Pelajar-pelajarnya berjumlah lebih 400 orang. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (gambar sebelah). Tuan Hussin mentadbir pondok Bagan Ulu selama 8 tahun sebelum membuka pondok baru di Selengkoh, Mukim Sungai Limau. Keadaan persekitaran di Selengkoh yang becak mengurangkan penuntut Tuan Hussin. Beliau berkhidmat di sana selama 4 tahun dan kemudiannya berangkat mengerjakan fardhu haji bersama anak dan cucu-cucunya.


Kepulangannya dari Mekah pada tahun 1924M telah memberi ilham kepada Tuan Hussin untuk membuka pondok baru pula di Padang Lumat. Dan seterusnya beliau membuka pondok di Pokok Sena, Seberang Perai pada akhir tahun 1929M. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama yang wara’ dan rajin beribadah. Sering membawa tongkat ketika berjalan Beliau bertariqat Syattariah. Beliau adalah seorang tuan guru pondok yang tegas. Pelajarnya tidak dibenarkan merokok dan berambut panjang. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan menggunakan kalam (perkataan) dan qalam (pena/penulisan) demi penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Dalam kesibukan mengajar, beliau masih sempat untuk menulis kitab untuk diwariskan kepada generasi seterusnya. Antara kitab-kitab tulisannya adalah:-


an-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305H/1888M. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Kitab ini adalah kitab pertama yang beliau karang.


Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diselesaikan pada hari Sabtu, 1 Syaaban 1318H. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346H, ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari.


Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid dan fekah. Cetakan yang pertama Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah 1330H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.


Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma'rifatillahil `Alimil Khabir, diselesaikan pada hari Khamis, 25 Rabiulakhir 1336H. Kandungannya membicarakan tentang tasauf dan thariqat. Cetakan yang ketiga, Al-Huda Press, Pulau Pinang, Safar 1356H/April 1937M.


Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336H. Kandungannya pelajaran tauhid untuk kanak-kanak.


Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma'rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan pada 3 Rabiulakhir 1337H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927M. Cetakan yang kelima, Mathba'ah Persama, 83-85, Achen Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1377H/1957M.


Tafrihus Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan, diselesaikan pada hari Selasa 3 Rabiulawal 1341H. Kandungannya mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83-85, Acheh Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1382H/1962M.


Tazkiru Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343H. Kandungannya merupakan Terjemahan Hadits Jawahir al-Bukhari, terdiri daripada dua juzuk, yang telah dijumpai hanya juzuk yang pertama saja. Cetakan yang pertama, Al-Maktabah Zainiyah, Taiping Perak, 1350H Dicatatkan: “Titah membenarkan dicetak dari bawah Duli Yang Maha Mulia as-Sultan Perak atas minit paper Qadhi Kuala Kangsar nombor 149/30”.


Bidayatut Thalibin ila Ma'rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344H. Kandungannya membicarakan ilmu tauhid. Cetakan yang kedua The United Press, No. 3 Dato' Keramat Road, Pulau Pinang, 1357 Hijrah. Ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari.


‘Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah, diselesaikan 1345H. Kandungannya membicarakan ilmu sharaf atau perubahan perkataan dalam bahasa Arab.


Ushulut Tauhid fi Ma'rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid, diselesaikan 6 Syawal 1346H. Kandungannya membicarakan falsafah ilmu tauhid dan ilmu fekah. Dicetak oleh Mathba'ah az-Zainiyah, Taiping, Perak, hari Jumaat, 4 Jamadilakhir, 1347H (cetakan kedua). Cetakan ulangan oleh percetakan yang sama tahun 1355H (cetakan ketiga). Dicetak semula dengan kebenaran anak pengarangnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Husein, Qadhi Besar Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada The United Press, Pulau Pinang, selesai cetak 11 Jumadilawwal 1393H


Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347H. Kandungannya membicarakan perkara-perkara mengenai nikah kahwin.


Qathrul Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari'atil Muhammadiyah, diselesaikan 25 Jumadilawwal 1348H. Kandungannya membicarakan tasawuf. Cetakan yang kedua, Mathba'ah Persama, 93 Acheh Street, Pulau Pinang.


Majmu'ul La-ali lin Nisa' wal Athfaliyi, juzuk yang pertama, disele- saikan pada hari Jumaat, 5 Jamadilakhir 1350H. Kandungan mukadimahnya menyatakan bahawa judul ini terdiri daripada sepuluh juzuk. Juzuk yang pertama, membicarakan hukum taharah dalam bentuk soal-jawab. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, Jamadilakhir 1360H.


Majmu'ul La-ali lin Nisa' wal Athfaliyi, juzuk ke-2, diselesaikan petang Isnin, 20 Rejab 1350H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang dalam bentuk soal-jawab. Tidak terdapat nama percetakan. Dicetak pada 22 Jumadilakhir 1352H (cetakan kedua), dinyatakan bahawa terdapat tambahan daripada cetakan yang pertama. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, 3 Jumadilakhir 1360H.


Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid.


Hidayatul Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid yang ditulis dalam bahasa Arab.


Nailul Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, diselesaikan pada hari Ahad, 6 Sya’ban 1354H. Kandungannya membicarakan tentang beberapa amalan zikir dan wirid untuk mendapatkan husnul khatimah. Dicetak oleh The United Press, dikeluarkan oleh Haji Ahmad bin Tuan Husein dengan catatan: “Dicap risalah ini untuk mendapat khairat bagi al-Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.”


Tanbihul Ikhwan fi Tadbiril Ma'isyah wat Taslikil Buldan, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang penghidupan dan pentadbiran pemerintahan.

Bunga Geti, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang qadha atau mengganti sembahyang yang ketinggalan. Kitab ini merupakan kitab terakhir yang beliau tulis


Meninggal Dunia


Menurut catatan dari kelaurganya ketika beliau jatuh sakit, Tengku Abdullah; bekas muridnya meminta beliau pulang ke Kedah. Dan beliau pulang ke Kedah setelah dirayu oleh anaknya. Tengku Abdullah telah mengambil beliau di Pokok Sena dan dibawa ke rumahnya di Batu 16, Padang Lumat, dan pada 18 Zulkaedah 1354H bersamaan 10 Februari 1936M, dengan kehendak Allah Tuan Hussin pulang ke rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan di perkuburan Titi Gajah. Perjuangannya diteruskan oleh anakandanya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, yang juga merupakan Qadhi Besar, Pulau Pinang.


Demikianlah sekelumit kisah ulama seorang ulama tersohor dan berjasa. Peranannya dalam pendidikan, dakwah dan penulisan dalam seharusnya menjadi contoh kepada generasi ulama sekarang. Akhirkata, marilah kita hadiahkan al-Fatihah pada ulama besar ini. al-Fatihah. 


Rujukan:

Tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam kolum Ulama Nusantara, akhbar Utusan Malaysia 29 Jumadilakhir 1425H / 6 Ogos 2004 

Buku Tokoh-tokoh Ulama Semenajung Tanah Melayu -1

Buku Sejarah Ulama Kedah 

Portal MyKedah.

Laman Web Madrasah al-Khairiah al-Islamiah



Info Foto Tengku Yusuf

(Aby syana )

Minggu, November 03, 2024

KITAB Falak Syekh Muhammad Bakhiet Kitab ini berjudul "Taufiqur Rahman, lit Taufiq Ma Qolahu Ulama'ul Hai'ah wa Baina Ma Ja-a Minal Ahadits ash-Shahihah wa Ayatil Qur'an".

 KITAB Falak Syekh Muhammad Bakhiet



Kitab ini berjudul "Taufiqur Rahman, lit Taufiq Ma Qolahu Ulama'ul Hai'ah wa Baina Ma Ja-a Minal Ahadits ash-Shahihah wa Ayatil Qur'an".


Isinya luar biasa, menjembatani pemahaman agama dan sains. Ditulis oleh Mufti Mesir Syekh Muhammad Bakhiet Al-Muthi'i (1271-1354 H), merupakan ulama besar paling alim pada masanya. ❤️ 


Penulisnya merujuk kepada banyak referensi klasik dan modern, mulai dari kitab-kitab tafsir, literatur filsafat, dan buku-buku para ilmuan mulai dari Ptolomeus, Hipparchus, Pitagoras, juga merujuk pada Copernicus, Tycho Brahe, Johannes Kepler, Galileo Galilei, Isacc Newton, dll.


Di awal pembahasan, penulis menyuguhkan definisi Ilmu Hai'ah (astronomi), klasifikasinya, hukum mempelajarinya, dan filsafat ilmu falak. Kemudian diulas pembahasan tentang bumi bulat, lingkaran bumi, geosentris dan heliosentris, teleskop, penentuan waktu shalat dan arah, filsafat Al-Ghazali, penafsiran ayat dan hadis kauniyah, fenomena alam, buruj (zodiak), manzilah bulan (lunar mansion), tata surya dan planet-planetnya, teori penciptaan alam semesta, atmosfer, bola langit, cuaca dan kelembaban udara, 'arasy, dll. Tidak hanya uraian tentang sains tapi juga pada pseudo science, persoalan gaib atau ramalan.


Penulis kitab ini, Syekh Muhammad Bakhiet merupakan jebolan Al-Azhar, berhasil mengantongi Syahadah Alimiyyah di usia yang sangat muda, 21 tahun (titel alim dan syekh, setingkat doktor). Ia dikenal ahli di bidang fiqh, Ushul fiqh, tafsir, teologi, dan berbagai disiplin ilmu lainnya, melek dengan sains modern ketika banyak orang tidak begitu menguasainya pada saat itu. 


Di saat muda telah menjadi Mufti, dan di usia 24 tahun telah diangkat menjadi Qadhi (Hakim). Banyak Ulama besar mengambil faedah dari beliau, antara lain Al-Allamah Syekh Muhammad bin Shiddiq Al-Ghumari, Al-Muhaddis Azuz At-Tunisi, Wali Besar Habib Ahmad bin Hasan Alatas, Syekh Kamil Al-Habrawi Al-Halabi, Mufti Tunis Thahir bin Asyur, Musnid Abdul Hayy Al-Kattani, Mufti Habib Husein bin Muhammad Al-Habsyi, Syekh Ahmad Ghumari, Syekh Abdul Hafizh Al-Fasi, Habib Salim bin Al Jindan, Syekh Abdus Sattar Ad-Dahlawi, Syekh Muhammad Yasin Al-Fadani, Muhaddis Syekh Muhammad bin Ja'far Al-Kattani, Syekh Hasanain Muhammad Makhluf, Mufti Mesir Syekh Abdul Majid Salim, Syekh Ahmadi azh-Zhowahiri, Syekh Ma'mun Syanawi, Syaikhul Azhar Syekh Muhammad Musthofa Al-Maraghi, dan Syaikhul Azhar Syekh Mahmud Syaltut, dan banyak ulama Al-Azhar lainnya.


Mempunyai banyak karya di bidang tauhid, hadis, ushul fiqh, fiqh, sastra, tasawuf, dll. Tiga di antaranya berkaitan dengan ilmu falak, yaitu: 1) Tanbihul Uqulil Insaniyyah fi Bayani Haqiqatil Qur'an minal Ulumil Kauniyah, 2) Irsyadu Ahlil Millah ila Itsbatil Ahillah, dan 3) Taufiqurrahman, yakni kitab yang diposting ini.


Kitab ini merupakan jawaban atas permintaan murid-murid yang meminta penjelasan tentang ayat-ayat kauniyah. Kitab ini ditulis ketika banyak orang yang tidak paham persoalan astronomi berbicara menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an. Bahkan ketika itu ada yang mengkafirkan siapa saja yang tidak menganut paham geosentris, yakni paham bahwa bumi adalah pusat alam semesta; matahari, bulan, dan planet lainnya mengelilingi bumi. Maka jika ada orang yang beranggapan bumi mengelilingi matahari (Heliosentris), ia dicap sebagai kafir. Pernyataan ini disampaikan dalam banyak ceramah bahkan buku.


Pemahaman seperti ini muncul dari orang yang serampangan memahami ayat dan tidak menguasai persoalan ayat-ayat kauniyah. Bagi Syekh Muhammad Mu'thi'i, suatu ayat haruslah dipahami oleh para ahlinya. Para ilmuwan muslim telah membuktikan bahwa yang benar adalah Heliosentris, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Ibnu Haitsam, Ibnu Syatir, dan Nashiruddin Ath-Thusi.


Kitab ini selesai ditulis pada hari Ahad, 6 Rajab 1340 H / 5 Maret 1922 M, atau 101 tahun yang lalu. Dicetak pertama kali oleh percetakan As-Sa'adah Mesir. Sempat beberapa kali cetak, kemudian naskahnya sudah jarang beredar, hingga diterbitkan ulang oleh Darul Minhaj Jeddah, tahun 1438 H/2016 M dengan tebal 832 halaman.

Dulu, Syekh Ahmad Mughni (Ayah Nagara) ikut majlis beliau. Ayah Nagara kagum dengan keilmuan yang dimiliki oleh Syekh Muhammad Bakhiet Al-Muthi'i. 


Maka bercita-cita, bilamana mempunyai anak lelaki akan diberi nama Muhammad Bakhiet. Dan itulah yang kita kenal dengan sebutan Tuan Guru Haji Muhammad Bakhiet (Guru Barabai), satu di antara ulama kharismatik paling berpengaruh dan punya jamaah puluhan ribu. Berikut profil Tuan Guru Haji Muhammad Bakhiet